M.A.K.N.A C.I.N.T.A

Assalamualaikum...disini sy nk update skit psl MAKNA CINTA

Wajib cintai ini.
Diri.
Keluarga.
agama.
masyarakat.
negara.
bangsa.
Dan paling penting Allah.


Dan ada yang katakan pada aku, kau nak tahu tak, apa maksud CINTA sebenarnya. Aku terdiam kelu. Aku mana pernah bercinta derr. Tak pernah. Ulang sekali lagi, Tak pernah. Aku dengan macho menjawab.


Entah. *dengan muka selamba*


Ada seorang akak ni kata, "kalau you all nak tahu, definisi cinta adalah :

C = cuma
I = ingin
N = nak
T = test
A = aja




Korang, tolong aku. Buktikan yang itu sama sekali salah, tidak betul. Buktikan please. Tapi terkadang aku terpikir, adakalanya, ia nya benar juga. You touch, and you go lah. Kannn?


Aku kepingin cinta kayak Adam dan Hawa. Mahu kan itu sih. Suci amat kan? test? apa yang mahu di test? badan? itu? itu bukan cinta derr. Itu nafsu. Nafsu setan itu semua.


Tell me, apa definisi cinta bagi korang. Aku mahukan jawapan. Bisa sih? yang aku tahu cinta itu buta, bukan maksudnya kau nak bercinta kena ambik garfu, lidi penyapu ke tonyoh mata kau bagi buta. Bukan macam tu.


Buta, maksudnya bila kau bercinta semua benda sedap. Buruk tak nampak walaupun time tu ada cili kat gigi pun still dipuji cantik.


Dan sekarang aku nak korang sekeras kerasnya menyangkal perkataan cinta itu cuma ingin nak test aja. Tak perlulah nak test badan orang dulu baru dikatakan, oh ye inilah baru keenakan bercinta. Damn!!


Ku dambakan cinta yang suci, bisa bahagia ke akhirat kelak. itu, itu , itu yang ku mahukan. Please buktikan pada aku. Buktikan ye. Dakwaan kakak itu salah dan ternyata salah sama sekali. Please.


Cinta pada Allah adalah cinta hakiki dan sejati. 

Nnti lame la x dpt nk UPDATE BLOG

Hurmm,nnti lme la x dpt nk update blog nie..

ade sbb yg tertntu..huhu

tiba la mse la utk sy melanjutkan pelajaran..

nk update blog pn kne tggu time free..

hurmm,nnti semakin rindu la sy kt blog nie :)

pape pn insyaallah klu ade time btl2 free sy akn update blog nie..




sOk da x blh nk On9

Sok Jumaat sy da xblh nk on9

sbb ari sbtu ade knduri ckit

so x blh la nk on9 nk wt ape yg patut..

hmm,bkn ari jumaat je myb smpai ari ahd or isnin 6.6 nie..

x blh la updates blog & on9 fb..

Wahai CINTA



Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :

Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Aku WANITA






Wanita.....Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....
Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?


Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!


Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa

walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun
...

Ingatlah

Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,

Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,

Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,


Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,

Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kataMereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah

Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....


Wanita....

Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu..